sebatang sigaret dikatup bibir
jemari menggendangkan meja
telinga menangkap melodi hancurnya
"bos, milo ais satu"
sigaret disedut dalam-dalam
biar berkepul awanan asap pembunuh
menyelimuti setiap organmu
kau belum mahu percaya
pada setiap bahaya
bersembunyi di tiap batang sigaret itu