betapa aku mahu berada di sana
berbaring di sebelahnya
di saat dia sedang menahankan air matanya
daripada terembes keluar
betapa aku sedang gagal
untuk disandarkan bahu
walhal dia itu sebahagian nyawa
belahan jiwa yang ampuh hatinya
laskar mimpi tak kenal kalah
-- tujuh tahun
dan kali ini dia seakan mahu selamanya berputus asa
-- dan aku
betapa aku sedang gagal