mendengarkan jarum jam berputar
hanyut di khayalan sebentar
aku kirakan daerah terpencil yang aku duduki ini
semakin mengembang mekar kuntumnya
semerbak wangi membungkus deria
warna pelangi merata-rata
-- benarlah yang daerah ini
wangi dan mekarnya
tak pernah membusuk dan layu
mahu aku bawa kau ke daerah ini
itu pun kalau kau sudi --