ketika saya sedang menyiapkan projek kumpulan saya

puji puji yang awak katakan pada saya
lekas lekas saya pulangkan semuanya pada dia -- pencipta saya, pencipta awak

cerca cerca yang awak ludahkan pada saya
lekas lekas saya basuh tak tertinggal kesannya -- lalu saya baiki lobos di mana kurangnya saya

awak --
saya ini darjah kesempurnaannya terlalu jauh nak disamakan dengan maksumnya seorang rasul
dan saya tahu kembara hidup saya ini telah sedang akan diuji bertalu talu
dan awak perlu tahu ini --
setiap hari saya mahukan yang terbaik untuk saya
acapkali saya berusaha dan adakalanya saya kembali ke takuk lama juga
setiap hari saya akan cuba lagi
sampaikan saya menangis depan cermin
cakap pada diri saya
tepuk bahu saya 
-- cuba lagi cuba lagi

awak --
begitu payahnya saya berperang dengan perlu dan mahu saya
begitu payahnya saya cuba meruntuhkan dinding ego saya
begitu payahnya saya mahu hilangkan cemburu saya
begitu payahnya saya sembunyikan ranting patah saya
begitu payahnya saya melenyapkan lelah malas saya
-- saya belum berjaya

awak --
jangan cuma berdiam 
dan memeluk tubuh saja
bantu saya berperang dengan saya