mimpi

jarum jam mendekati angka dua belas
malam semakin senyap
di luar tingkap angin bertiup
mata kupejam lekas-lekas
di layaran mimpiku
kita sedang duduk diam
mengintai bulan di balik awan
dan jemari mencantum padu
"aku mahu selamanya begini." -- kataku
kau jawab -- "tapi aku cuma ada malam ini."
lalu aku leraikan pautan jejari kita
-- dan aku terjaga

benarlah
mimpi -- tak selalunya indah