seminit selepas 1:24am

selamat malamku jarang sekali dibalasnya dengan ucap yang sama. walhal dia begitu tidak tahu, yang dia itu bila datang waktu lenaku akan muncul dalam mimpi-mimpi. yang indah. yang celaka. antara duanya, pasti ada dia. dia belum mahu faham yang aku sedang mati perlahan-lahan, biarpun sudah diberitakan jawapannya. seperti aku ini dipergantungan tanpa tali yang kelihatan, mengapung bersama ketidakpastian dia yang memegangku. 

bagaimana nanti, di tempoh dia tidak mahu lagi kehilangan aku, dia telah pun menemui perkhabaran positif dari bumi empat musim itu. bagaimana pula dengan aku yang berterusan menunggu, dengan kaki dan tangan yang bergari padanya. adakah dengan tersampainya perkhabaran positif itu, dia akan terus melepaskan aku tanpa ada sedikit pun sayang-sayang yang tinggal? adakah aku akan berbahagia saat dia melepaskan gari yang merantai aku? 

-- dengan hati yang degil ini, aku tunggu. bila dia sudah punyai kepastian yang dia tidak mahu aku, aku harap saat itu aku sudah pergi dahulu dan melenyap dari sini. dan ya, semoga dia tak rindukan aku seperti mana aku akan merindui dia sehingga tubuhku membiru beku.