cari

dan cinta
carilah aku
bila kau begitu
sungguh bersedia
mahu sempurnakan
cerita bahagiaku

--lalu
pada lintasan awan
pada setiap figura eiffel
pada susunan buku
pada perginya senja
pada deru angin bernada
pada ombak yang menyinggah
pada bulan diintai pungguk
pada puisi-puisi melankolik
-- carilah aku