impian kecil

"emak, bekas aiskrim itu jangan dibuang ya. adik mahu menyimpannya."

--
bilik segi empat itu sudah dipenuhi jejak-jejak kebahagiaan dan sedikit harapan yang tersisa. yang entah kenapa aku rasakan aku belum mahu untuk memudarkan titik-titiknya. dia sudah benar-benar memeluk nada jantungku, menciptakan ritma paling merdu.
tatkala rindu-meredap, ritma merdu itu bersahutan ulang-ulang dan mata saling tersenyum di hari hujan. mata yang menceritakan sedikit sebanyak yang menyembunyi di sebalik bongkah-bongkah rahsia. dan senyuman itu selalu ada. 
"sebenarnya, impian kecil kita itu serupa. boleh aku selalu pintakan di hujungnya, kita merealisasikan impian kecil itu, sama-sama?"
seluruhnya biasa dan sederhana,
biar cuma once in a lifetime sekalipun