aku selalu saja membayangkan diri yang terlantar lemah di katil hospital. berpakaian seorang pesakit dan dibaluti wayar-wayar pada tubuhku. dengan mata yang cuma mengerdip kosong. dengan suara yang terkunci kotaknya. yang ada hanya sedikit rembesan air mata pada siapa-siapa yang datang menjengah. menzahirkan kesakitan yang sedang meratah aku.
persoalanku;
adakah siapa-siapa yang akan merasai 'kehilangan' saat tubuhku perlahan-lahan bertukar biru?
adakah siapa-siapa yang sudi menemankan aku dengan senyumnya saat jantungku semakin membatu?
adakah siapa-siapa?
-- aku begitu mahu tahu, jawapannya