catatan 03:20

maaf andai kau tidak berpuas hati denganku, berebutkan yang ini itu. ambillah saja mengikut mahumu. aku sudah begitu penat meniti naik ke jiwa orang-orang yang tak betah menjemputku masuk. pintunya cuma punyai bolong untuk sebelah mataku mengintai tengok kalau-kalau ada sedikit ruang sempit untuk aku berteduh lama. tetapi jejakku takkan dapat menyentuh singgah ke dunia di sebalik bolongan di pintu itu kerana ianya dirantai dan dikunci bersama tanda amaran,

"tiada ruang untuk yang namanya laila."