cerita bilik kecil

aku mahu menghiaskan kamarku
dindingnya bergilir ungu kelabu
atau dibiarkan putih berdebu
mahu ku-gantung lukisan bisu
dengan bait-bait puisiku
almariku tidak lagi penuh dengan baju
yang tinggal hanya susunan buku

syurga di dalam syurga
bilik kecil yang penuh cinta
dan dicelahnya tersembunyi rahsia
sebahagiannya tidak hanya di jiwa
sebahagiannya itu udara
melegakan rusuh-rusuh di kepala