masih juga sedang

aku lebih tahu bila engkau jalan laju-laju
tidak lagi di sebelah aku
dan seluruh engkau dikunci bisu

waktu itu
perasaanmu bercantum celaru

sayang
berikan padaku ruang
kerana aku masih juga sedang
meneroka struktur engkau dan jiwamu yang mahu terbang
yang mahu meninggalkan aku sebelum siang