sayapnya sudah patah sebelah
dan aku duduk di depan almari, menangis
aku tak ada apa-apa untuk membaikinya
dan aku tak mahu ia digantikan dengan kapal terbang baru
aku tetap mahu kapal terbang yang itu
yang akan bawaku jauh-jauh
meski sayapnya sudah patah sebelah