belum berlaku

kerapnya dia fikirkan
hal-hal yang belum berlaku
entah akan dia lalui
atau dia pergi dahulu

anak kecil itu mengejar bondanya
bersama mainan di tangan
menangis minta dibelikan
si ayah menegur minta dipulangkan
dan dia semakin meraung di laluan

dan bagaimana pula bila dia
melalui situasi sebegitu nanti
mahu dituruti mahunya
dan dimanja-manja
atau minta dipulangkan
lalu tangisnya bergema


[11062014, alamanda]