setiap kali melalui jalan itu
selalunya aku akan dapat melihat
kapal terbang yang bersedia untuk mendarat
dari jauh ianya kecil
semakin dekat semakin besar
bunyinya bergema menderu
seperti memberitahu padaku
dia sudah pulang ke pangku pertiwi
dan sejak lapangan baru dibuka
aku sedar bahawa di jalanan itu
aku tidak lagi dapat menyambut
kepulangan pesawat yang dari jauh
kuperhatikan kelip lampu merahnya
yang nyata hanya dapat kuhantar
perginya dia dengan bunyi yang perlahan-lahan hilang
semakin jauh dan semakin mengecil
dan seperti aku yang ditinggalkan pergi