nyah kau

kamu harus sedar bahawa
sekarang ini adalah waktu sebenar
aku akan buka pintu luas-luas
beri kamu bebas
kerana aku begitu lelah
penat mendukung setiap
rasa bagus kamu
dalam mencanang cerita
kamu dan sempurna
tak berkesudahan
kereta api sedang berhenti
satu minit sebelum mula bergerak
meninggalkan stesen aku
lekas kejar dan jangan lagi berpaling
aku tak pernah merasakan sesal
saat kubukakan pintu
menghantar kamu pergi

[19062014, gadis bernama A]