kerana sayapnya yang patah dan luka
dipanah oleh mata-mata yang meneropong jauh di balik gunung
pakaian putihnya bertukar merah
habis lantai disimbah darah
namun bidadari itu masih melemparkan senyumnya
buat manusia yang memandang aneh ke arah dia
sayapnya tidak lagi dapat dikepak mengangkat tubuh yang semakin lesu
lalu bidadari terjelepuk ke bumi
dia tak nampak lagi terik matahari
matanya cuma menangkap malam
perlahan-lahan jasadnya bertukar debu
menebar dibawa angin jauh dari situ
dia tidak mati cuma dimensi membawanya
pulang ke taman yang indah