membiar graviti menarikmu jauh ke dasar
aku pula memilih untuk terbang
membuka sayap membiar diri jauh ke awan
pokoknya kita sama-sama mahu "berlari"
bersembunyi sekejap daripada realiti hiba
menakluk sepi yang seakan beraja
biar esakmu bersatu dengan laut
biar senduku dipadam oleh angin
dan bila kita kembali memijak tanah
kita mampu menampan duga yang datang