tentang rindu

seperti waktu yang mengubah musim, bergantian kitarnya. dan seperti itu juga waktu mengubah aku. namun adakalanya secebis rasa rindu itu datang menyinggahi aku. rindu kepada seorang aku di masa dahulu. seorang aku yang dengan berani berjalan terus saat adanya usikan di belakang perihal kesediaan aku. waktu itu aku tetap memilih untuk stand for myself. maka aku bergerak lurus tanpa dipedulikan mereka dan kata-katanya. aku rindu kepada jiwa raksaku bila aku jelas lantang dengan setiap kehendakku. aku tidak teragak-agak untuk menyambung mimpi dan mencorakkannya di kanvas realiti. 
entah kenapa sekarang aku lebih banyak mengurung semangat aku. bahkan tanpa aku sendiri menyedari, aku mulai memadamkan kembali setiap jejak mimpi yang aku lakarkan di kanvas realiti. bagaimana aku mahu menolak keluar diri daripada berterusan bergelumang dengan semangat yang semakin rapuh. aku seolah-olah diresapi satu entiti lain yang begitu menghalang aku daripada bangkit dengan sebuah keyakinan baru. rasa percaya kepada diri sendiri. bila lama-kelamaan semangat ini semakin pudar, ianya seperti telah memberikan keselesaan mutlak kepada aku di waktu ini. ya, aku jadi semakin rindu di sebalik gelaran-gelaran jahat mereka kepadaku, itu sebenarnya menjadikan aku lebih hidup dan sempurna. gelaran yang lebih memberikan kepadaku raksa di jiwa untuk diperisaikan tubuh dan semangat aku daripada lolongan menyakitkan yang menembak aku sampai jatuh. 
-- dan kini, aku mahukan waktu berkitar ke belakang, memulangkan perisai pegunku, semoga aku dapat bangun dan kembali dengan mimpi-mimpiku di kamar tidur.

[shah alam, 27112014]