di antara mimpi-mimpi yang datang singgah
sama ada realiti yang ditakdirkan tuhan
atau sekadar mimpi sahaja
"abah selalu saja mimpikan arwah atuk. arwah nenek. tapi nampak muka samar-samar."
-- di permulaan sahaja
empangan mata sudah mulai melimpah
aku toleh pandang ke siling
kelip kelip mata hingga mengering
"malam tadi abah mimpi jumpa atuk. kali ini mukanya jelas. abah pelawa nak minum. atuk jawab nak. abah tanya nak kopi. atuk mengiyakan mahu. abah tanya sekali lagi, nak letak susu. atuk katakan boleh. abah lari balik rumah nak buat kopi. sampai rumah, abah nampak arwah nenek tengah solat. tapi mukanya samar-samar."
--
aku doa-doa
mimpinya cuma kerna rindukan ayahbonda
bukan membawa apa-apa tanda
kerna aku belum benar-benar sedia
untuk janji yang maha esa
; 08122012 0726