sepertinya, dia itu kamu

soal yang selalu meniti bibir di setiap mereka pada aku,
tentang siapa perluku. significant other ingin-ku.

semerta kamu di bayangan.
klasifikasi karakter terjurus seorang kamu.
yang bagaimana? soal mereka.

seorang dia yang aku mahu
bila waktu kuberdiri di sisi, perlukan aku mendongak pandang wajah tenangnya. yang bila diukur tinggi aku cuma sampai paras jantungnya. kedua, yang terus-terusan dengan positifnya pada setiap citaku, pada setiap mimpi akan datangku. di setiap sedih yang kukhabarkan ke dia, dia masih dengan senyum dan tenangnya, berjenaka sampailah terbit senyum di bibirku.

seorang dia yang aku mahu
itu kamu -- seorang lelaki di empat belas tahunku.