dan kau acukan laras senapang padaku
memaksa aku berseteru
aku diam dan terus memejam mata
dan lekapkan wajah ke laras itu
biar saja kau terus memetik picunya
biar hancur aku memuntah hanyir darah
biar kecai-kecai daging memercik
aku mahu terus berdiam
; ofis 26022013