kasar-kasar yang kau dengar
itu adalah topeng
terpaling kau percaya
perisai bernilai kau punya
sebolehnya kau mahu terus pakai
menutup setiap jatuh dan retak-retak
takkan diterlupakan bagaimana
kurang-kurang dapat kau sembunyi
menjadi kau yang selalu ada
di setiap mereka yang mahu menumpang sandar
boleh kau bilangkan pada dia
ingin kau dipinjamkan sandar sebentar
kala kau dirodok di penjuru-penjuru tubuh
-- mengapa kau tetap memilih untuk diam
dengan kasar yang kau laku
dengan kasar yang kau dengar