kamu bersabarlah sedikit lagi
aku sedang mengikis sisa-sisa yang masih tinggal
dan biar waktu yang menyembuh aku
aku tak mahu terus biar kamu cerca aku
sedangkan kamu seharusnya tahu
semuanya tanpa tersedar muncul
dan terus melekat
tinggalkan aku menangis
usah kamu memujuk
aku cuma pinta kamu berhentilah
menusuk aku dengan sinis katamu
dan datanglah berdepan
hambur semua
akan aku telan dengan tak menangis lagi