jangan

lelaki
ini mahu aku pesankan sedikit
moga-moga kau tak lupa
moga-moga kau mula sedar
dan hati-hati

jangan kau menjadi benih yang menumbuhkan seribu harapan di alir-alir darah seorang perempuan
jangan kau pamerkan sisi malaikatmu yang melebihi garis yang sepatutnya pada seorang perempuan
jangan kau cuma meninggalkan tanya-tanya tak berjawapan difikir seorang perempuan

lelaki
janganlah
kerana busuk mana pun kau
seorang perempuan itu akan menggunungkan perasaannya

lelaki
janganlah
kerana tak lagi aku mahu menatapi
sedih air mata perempuan di sekitar aku

lelaki
janganlah
kerana aku tak mengizinkan
untuk perempuan itu merasai pedih yang seperti aku lalui

lelaki
janganlah
kerana perasaan perempuan itu 
perisai terpaling rapuh
mendindingi hatinya