begitu tak selalu aku bertanyakan pada dia walaupun ingin tahuku sering juga memintas tingginya layang-layang itu di apungan udara. kelihatan aku seperti enggan peduli sedikit pun untuk berusaha meneroka seorang dia yang dia jarang kongsikan dengan sesiapa pun. mungkin kerana aku sedang begitu berhati-hati. kerana aku tak mahu terlalu mengenali keseluruhan dia terburu-buru. kerana aku mahu setiap satu fakta tentang dia, diberitakan pada aku tanpa aku bertanyakan padanya. kerana aku mahu biar dia cuma khabarkan walau apa pun, bukan kerana pertanyaanku tetapi kerana kerelaan dia memberitahu.