tengah malam dua perawan

melupakan dia yang begitu banyak memalitkan rasa-rasa terindah dalam kotak hatimu, pada aku adalah mustahil. melainkan kau diuji dengan sakit-sakit keterlupaan yang luar biasa. dan pada aku lagi, untuk kau berlari jauh-jauh dan memadamkan jejakmu bukanlah satu solusi kala kau tahu kehendakmu adalah berterusan selalu ada buatnya. meski ada waktu dia sering saja menolakmu dalam diamnya.

kawan, kerana aku pernah memutuskan untuk berlari dan menyembunyi tanpa ada radarnya yang mengesan aku. dan sakitnya pelarian itu buat aku lebih menyungkur jatuh. kerana, hati aku tak mahu menjauh. 

--
catatan pendek buat dia yang randomly bertanyakan pada aku,
"how to forget someone?"