telepati

siang-siangnya
dia akan bekerja atau ke mana saja
asal tak lupa membawa
separuh dia bersama
dalam kotak hati
dan juga peti fikir

malam-malamnya
dia akan duduk di birai katil
atau terus berbaring menatap siling putih
asal tak lupa membawa
separuh dia bersama

penamat hari yang selalu dia mahu
menunggu separuh dia di alam mimpi
menari dalam hujan
atau cuma duduk dengan telepati

-- ah, rindu!