aku sudah begitu penat untuk melawan apa-apa
atau siapa-siapa
lalu aku membiarkan
bahu ini memberat dengan
setiap yang berlaku
ya
rata-rata menyuntikkan pada aku
bait kata untuk tidak berputus asa
tidak sesekali berpatah hati
hancur mana pun aku
mereka menyuruh aku untuk berdiri
walau dengan topang
untuk membantuku
berpijak tanpa jatuh
kali ini aku mahu duduk saja
topang itu aku campak jauh
kali ini aku mahu duduk saja
kerana aku sudah begitu penat
untuk selalu memaksa kaki
untuk berpijak tanpa jatuh