ketika kau tanpa berfikir panjang, terus
mengikat dia sehingga dia sudah begitu lekat dengan adanya kau bersama ke mana
pun. dan kau bagaikan diragut kebebasan untuk menghirup waktu-waktu sendiri.
terasa ke sana sini, matanya memerhati. mahu selalu dihubungi. sehinggalah, kau
disedarkan seluruh itu seperti juga mengikat jiwa berontakmu. mengurung
kebiasaanmu. melupuskan dia yang lalu.
“aku mahukan noktah, antara kami.”
“khabarkan.”
“sepertinya nanti aku perlu merampas
bahagianya.”
“perlahan-lahan, dia akan faham kemudian.”
“apa mahu dia mendengar?”
“apa sudah kau beritakan?”
; kawan, tanyakan ke hatimu. apa yang kau
begitu mahu sekali? berbondong-bondong sungguh kau meluahkan pada aku sekali
pun, baliklah ke hatimu. apa mahumu?
{aku ini masih juga manusia asing, pada
dia.} takdirnya kau mahu menoktahkan simpulan yang ada, pesankan pada dia.
keseluruhan rasa-rasa, fikir-fikir yang begitu selalu kau pertimbangkan.
jangan kau ikatnya lama, sehingga akhirnya
dia terlupa yang dia juga perlu terbang sendiri dengan sepasang sayapnya
mengepak bebas.
--
untuk ingenieur yang kebuntuan jalan,
selalulah aman dengan emosimu