gadis perkasa

percayalah
yang setiap kita ini
adalah gadis perkasa

dirodok maki dan caci
diacu diskriminasi
dipersoal laku diri

meski yang kita mahu cuma
menjadi yang sebenarnya kita
meski yang kita mahu cuma
ruh dan jasad ini disenangi
keberadaannya

sampai ada waktu
mendatangi kita 
negativiti bertali arus menyimbah
kita terus gagah

pekak 
buta
bisu
kita kabur tutup semua pancaindera
biar cuma ada kita untuk kita
biar sendiri
biar lama-lama lali
kerana kita percaya
-- kita ini gadis perkasa

+ 13102013, untuk najiha