palsu

dia hampir lali
dengan kesakitan yang membiru
di kulit apatah lagi di hatinya
berkali ganda

-- bagaimana ya mahu aku lebih buatkan dia tersenyum
dengan sempurna tidak menipu
lekuk di pinggir bibirnya
biar tidak lagi kulihat
matanya yang mengelabu
di persembunyian