l-a-i-l-a

laila terwujud
kerana malam
berisi sunyi
bersuara sepi
mengisi
ruang-ruang di antara
bintang

laila datang
saat mentari menarik bulan
ke dakap dia
meluntur jingga
mencorak kelam

laila
tak punyai apa-apa
untuk dicemburui
siapa-siapa