cerita-cerita yang mahu disampaikan ini, sepertinya perlu disimpan lagi. sehingga tiba bila-bila yang mahu menawarkan ruang pada aku. matahari mulai ditenggelami mendung. titis-titis halus semakin mendinginkan tubuh. dakwat hitam memenuhi helaian-helaian kosong.
-- bersendirian sebegini dikejar lolongan tak bersiluet, adalah tidak pernah mengamankan.