cukup

"kau senanglah."
"kenapa?"
"keluarga berada, cukup. bahagia. tak ada masalah."

-- senyum

aku lebih suka
bila datang seseorang
yang tidak memandang aku
"cukup segalanya."

lalu dia akan
berterusan cuba
mencukupkan aku
berkongsikan bahagiannya
untuk menerbitkan senyum
pada aku lebih selalu

frasa "tak ada masalah" itu
sebagai kubu persembunyian
menjadi aku ini adalah 
dengan menyatakan "tak apa-apa."

kerananya
aku juga mahu menjadi dia
berkongsikan bahagian aku
untuk menerbitkan senyum
pada dia lebih selalu

lalu
aku sudah benar-benar
cukup semua