macam lembu dicucuk hidung

kadang-kadang
bila sampai satu hari yang begitu celaka
serba tak kena
aku sudah begitu letih
untuk bertahan kuat
berdiri hebat
mendindingi rapuh hancur dalam aku

aku diberikan cuma
ikut dan setuju
kerana suara seperti aku ini
tiada haknya untuk diperdengar

dimarah depan-depan
tanpa diselidiki pokok pangkalnya
aku sudah jemu, kawan

[27112013, C225]