izinkan aku merangkulmu dengan sepasang sayap
biarpun kecil aku mahu kau berdiam senyap
mari pindahkan setiap gundahmu yang kau simpan kedap
lepaskan semuanya biar dapat kutangkap
kebimbangan mahupun rapuh yang menghujani
setiap keluhan yang terhembus sepi
ketika pudarnya warna pelangi
aku pari-pari kecil begitu mahu mendampingi