aku tanyakan pada emak
"mak marah tak kalau adik kahwin lambat?"
dengan sebak yang datang secara tiba-tiba
tapi aku sebolehnya sorokkan
"terpulanglah."
"nanti orang kampung kata apa?"
emak senyap sekejap
"adik bukannya jumpa orang kampung pun."
aku faham maksud emak
"mak abah dah redha sebab jodoh ajal ini semuanya urusan tuhan."
aku bukanlah menolak sunnah
aku bukanlah langsung tiada perancangan
aku bukanlah ego sombong mahu sendirian sampai ke tua
usia bukan alat mengukur kematangan
sedangkan cemburu masih memeluk tubuh
sedangkan impian masih bertakung di dalam mimpi
sedangkan aku masih gagal memagar diri
sedangkan ansuran kereta pun masih emak yang bayarkan
aku tidak juga menafikan yang aku tidak terlepas daripada berbicara tentang jodoh. aku tidak juga menafikan yang aku juga punyai perasaan "tidak sabar" untuk hari itu tiba. aku pun perempuan yang matanya bersinar segar bila soal jodoh dan hal-hal perkahwinan dibicarakan bersama teman-teman. bicara yang menghilangkan kantuk yang meraja. bicara yang menjadi topik wajib setiap hari selasa di surau fakulti.
tapi entahlah
semuanya seakan-akan mati
di pertembungan titik kita
sapaan yang membuka sedikit
pancainderaku tentang rasa
pokoknya
"aku tahu, aku belum sempurna."