sejarah

ambil gitar akustik itu di belakang pintu
ke mari engkau nyanyikan sebuah lagu untuk aku
biar perlahan-lahan terpejam lena mataku
aku sudah tidak mahu lagi dikatakan lemah
disampahkan setiap yang berbuku salah
pada jarak yang seluas tanah
cintanya tidak pernah subur
angkasa hati pada aku sudah lama kabur
cerita bintang dan bulan terang dikubur
monolog ini sedang retak kepungannya
dan bergema teriak suara
terlerai rahsia di kamar laila
ke mana naluri berlari
impian tak semudah mimpi
kejarkan ke hujung galaksi
selamat menaiki kapal terbang yang terakhir
selamat mendarat ke destinasi yang paling hampir
-- kita sedang dimatikan kepada sejarah

[29062014, room b]